fb fb fb fb fb

KJ berjaya rebut jawatan naib presiden PKBM

KUALA LUMPUR, 18 Februari - Mantan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjaya merebut jawatan naib presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

Beliau antara lima calon yang terpilih bagi mengisi jawatan tersebut pada Pemilihan Jawatankuasa Tertinggi PKBM bagi penggal 2023-2026.


(Foto Hiasan, Mantan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin ketika Jelajah Negeri Sembilan 2021)

Khairy, selaku Presiden Persatuan Lumba Basikal Negeri Sembilan (PLBNS), meraih 33 undi untuk menduduki tempat kelima dalam pertembungan 10 penjuru.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PKBM, Khairy berkata kini tiba masa untuk beliau berkhidmat kepada sukan berbasikal dan membantu badan induk berbasikal negara itu.

Sementara itu, pentadbir sukan antarabangsa, Datuk Amarjit Singh menang besar apabila meraih hampir 100 peratus undi selepas menerima 71 daripada 72 undi untuk muncul naib presiden satu PKBM.

Pada pemilihan itu juga turut menyaksikan jawatan Presiden kekal menjadi milik Datuk Abu Samah Abd Wahab manakala Timbalan Presiden diisi oleh Mazlan Md Jail.

Media Baharu