fb fb fb fb fb

Liga M: Selangor FC fokus keserasian pemain import

(FOTO FB SELANGOR FC)

PETALING JAYA, 18 Februari - Keserasian dalam kalangan pemain import kini menjadi fokus utama Selangor FC menjelang sepak mula Liga Malaysia 24 Februari ini.

Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata ia penting bagi memastikan pasukan berupaya mempamerkan aksi konsisten sepanjang saingan musim ini.

Jelasnya, aksi persahabatan terakhir menentang pasukan Liga M3, minggu depan akan menjadi medan ujian buat lapan pemain import Selangor.

(Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe)

"Secara keseluruhannya, masih banyak kita perlu perbaiki dari segi keserasian pasukan, dari segi persefahaman dalam pasukan pada masa sama kita perlu beri masa kepada pemain-pemain import yang baru sampai," katanya ketika ditemui pemberitaselepas majlis pengenalan skuad selangor musim 2023 yang turut dihadiri Raja Muda Selangor,Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di sini.

Pemain tengah kelahiran Venezuela, Yohandry Jose Orozco Cujia diumum sebagai pemain import kelapan dan terakhir Selangor FC menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Musim ini, Skuad Selangor menyasarkan misi bagi melayakkan diri ke kejohanan Piala AFC.

Bagi meralisasikan hasrat tersebut, skuad bimbingan Tan Cheng Hoe perlu memenangi sekurang-kurangnya satu piala yang dipertandingkan.

Media Baharu