KUALA LUMPUR, 2 Januari- Pasukan silambam negara terus optimis meraih kejayaan di peringkat lebih tinggi.
Ini berikutan keunggulan meraih juara keseluruhan di Kejohanan Silambam Terbuka Asia di Qatar pada Jumaat lalu.
Menurut Presiden Persatuan Silambam, Dr. M. Suraess, pasukan negara memiliki keupayaan dan keistimewaan yang luar biasa, terutamanya dengan latihan yang lebih intensif dari awal.
"Jadi harapan kita memang lagi tinggi, kita akan ada Kejohanan Dunia bulan Mei nanti di Pulang Pinang. Jadi saya harap kita dapat merangkul kejayaan johan keseluruan sekali lagi. Saya rasa persaingan akan jadi lebih sengit sebab mereka sudah letakkan pasukan Malaysia sebagai sasaran mereka," katanya.
Mengulas lanjut, beliau berharap agar persatuan antarabangsa memberi pengiktirafan yang lebih kepada seni mempertahankan diri tersebut.
Sekali gus membuka peluang untuk membawa sukan silambam ke peringkat Sukan SEA atau Sukan Olimpik pada masa akan datang.