fb fb fb fb fb

Momota kembali, tamatkan kemarau kemenangan

Foto BWF

GWANGJU, 12 November- Wakil Jepun, Kento Momota berjaya menjulang gelaran perseorangan lelaki dalam kejohanan Korea Masters, selepas menewaskan rakan senegara, dalam aksi akhir di Gwangju.

Kejayaan itu sekali gus menamatkan kemarau kemenangan peribadinya dalam tempoh dua tahun.

Pemain berusia 29 tahun itu kembali beraksi selepas tewas pusingan pertama pada Terbuka Australia, Ogos lalu.

Momota memerlukan 51 minit untuk mengatasi Watanabe 21-16, 21-15.

Kali terakhir Momota menang adalah pada kejohanan Indonesian Masters 2021.

Kemenangan ke atas Watanabe juga membalas kekalahan terhadap pemain lebih muda itu pada Terbuka Jepun, Julai lalu.

Selepas ini, juara dunia dua kali itu akan beraksi dalam Japan Masters, yang akan membuka tirai pada esok.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM