fb fb fb fb fb

MMC harap proses ambil alih KDA FC berjalan lancar

Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr. Zaki Zamani Abd Rashid

JITRA, 8 November- Pusat Perubatan Mahsuri Medical Centre (MMC) berharap proses pengambilalihan kelab bolasepak, Kedah Darul Aman (KDA) FC berjalan lancar.

Ketua Pegawai Eksekutif MMC, Dr. Zaki Zamani Abd Rashid berkata, kedua-dua pihak bersetuju untuk menyerahkan kepada peguam masing-masing untuk perbincangan terma-terma perjanjian dan syarat persetujuan antara kedua-dua belah pihak.

“Diharapkan proses perbincangan diantara peguam kedua-dua belah pihak dipermudahkan bagi mencapai kata sepakat dan persetujuan," katanya dalam kenyataan.

Pihak MMC mengucapkan terima kasih kepada pihak KDA FC diatas maklum balas yang diberikan.

Semalam, KDA FC telah menghantar maklum balas berkaitan tawaran pengambilalihan 100% pegangan saham dalam KDA FC oleh MMC yang merupakan anak syarikat DSAT Group Sdn Bhd.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE