INDIAN WELLS, 15 Mac- Pemain muda Rusia, Mirra Andreeva, mengejutkan juara bertahan Iga Swiatek, sekali gus menamatkan usaha pemain nombor dua dunia itu untuk merangkul gelaran ketiga berturut-turut di Indian Wells selepas menang 7-6 (7/1), 1-6, 6-3.
Pada aksi separuh akhir, Andreeva yang berusia 17 tahun memecahkan rekod kemenangan 10 perlawanan Swiatek di Indian Wells dan ini merupakan kemenangan keduanya ke atas bintang Poland itu dalam tempoh tiga minggu selepas menewaskannya di suku akhir Dubai dalam perjalanan mencipta sejarah sebagai juara WTA 1000 termuda.
Andreeva bakal beraksi di final Ahad ini, menanti pemenang pertembungan separuh akhir antara pemain nombor satu dunia, Aryna Sabalenka dan juara Terbuka Australia, Madison Keys.
Keys, pemain veteran Amerika, sebelum ini menggagalkan usaha Sabalenka untuk meraih gelaran ketiga berturut-turut di Terbuka Australia apabila dia memenangi kejuaraan Grand Slam pertamanya di Melbourne, Januari lalu.-AFP