fb fb fb fb fb

Milos Gordic, senjata pemusnah baharu KDA FC

FOTO KDA FC

ALOR SETAR, 27 Mac- Penyerang import dari Serbia, Milos Gordic dinamakan sebagai pemain import baharu pasukan Kedah Darul Aman, KDA FC.

Perkara itu diumumkan KDA FC menerusi laman sosial Facebooknya hari ini.

Menurut KDA FC, pemain berasal dari Cacak, Serbia itu sebelum ini beraksi di Liga China dan Serbia.

Pemain berusia 31 tahun itu beraksi bersama kelab Wuxi Wugo FC (China), kontrak pertama beliau di luar dari Serbia.

"Fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari,"kata KDA FC.

Milos Gordic dijangka tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim,Kepala Batas, Alor Setar, pukul 2.30 petang ini.

Pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih akan menyambut kedatangan Milos Gordic ke Negeri Jelapang Padi sebagai pemain Sang Kenari.

"Milos Gordic nama bahau di Liga Malaysia, dengan rekod serta pengalaman yang beliau miliki tidak mustahil bakal menjadi senjata pemusnah Sang Kenari dalam memberi cabaran musim ini,"menurut KDA FC.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE