fb fb fb fb fb

Matthaeus nasihat Xabi Alonso, kekal bersama Bayer Leverkusen

Bekas pemain Bayern Munich, Lothar Matthaeus

BERLIN, 28 Mac- Bekas pemain Bayern Munich, Lothar Matthaeus menasihati jurulatih, Xabi Alonso untuk terus kekal bersama Bayer Leverkusen pada musim depan.

Cadangan itu menutup khabar angin yang mengaitkan jurulatih berusia 42 tahun itu sebagai calon terbaik menggantikan Jurgen Klopp yang bakal meninggalkan Liverpool pada penghujung musim.

"Liverpool bukanlah pilihan yang tepat untuk Xabi Alonso selepas musim ini. Dia mempunyai pilihan yang lebih baik.

"Kenapa berpindah ke Liverpool? Mengapa dia harus meninggalkan pasukan cantik ini yang membuatkan kami gembira dengan bola sepak mereka yang cantik, seperti Barcelona 12 tahun lalu?," kata Matthaeus.

Menurut Matthaeus, Klopp telah meletakkan skuad 'The Reds' pada tahap yang tertinggi dengan memenangi pelbagai gelaran termasuk menjuarai saingan Liga Juara-Juara pada musim 2018/2019.

Justeru, beliau menganggap ia adalah tugas sukar untuk Alonso mengekalkan Liverpool pada tahap yang sama.

Alonso amat menyerlah bersama Leverkusen musim ini apabila berjaya membimbing pasukan itu berada di tangga teratas Bundesliga.

10 mata di depan juara bertahan, Bayern Munich.

Selain skuad 'The Reds', Alonso turut dikaitkan dengan Real Madrid dan Bayern Munich.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM