fb fb fb fb fb

Milner sertai Brighton

(FOTO FB boringjamesmilner)

LONDON, 15 Jun-Kelab Brighton pada Rabu mengumumkan menandatangani perjanjian dengan James Milner pada perpindahan percuma dengan kelab seteru, Liverpool.

Bekas pemain tengah England berusia 37 tahun itu, bersetuju dengan kontrak satu tahun dengan pilihan disambung selama 12 bulan.

"Saya sangat berbesar hati mengalu-alukan kehadiran James ke Brighton", kata pengurus kelab,Roberto De Zerbi menerusi laman sesawang kelab berkenaan.

"James merupakan tambahan terbaik buat pasukan. Saya yakin dia akan membawa pasukan ke tahap yang lebih tinggi", kata Roberto.

Milner yang memulakan karier di Leeds dan bermain dengan beberapa kelab Liga Perdana inggeris seperti Newcastle, Aston Villa, dan Manchester City berjaya memenangi trofi selama lapan tahun bersama Liverpool termasuk Liga Perdana Inggeris, dan Liga Juara.

Milner bakal menyertai Brighton pada hujung bulan ini sebaik sahaja kontrak bersama Liverpool tamat.

Penyertaan Milner ke Brighton bakal menguatkan kelab berkenaan bagi menghadapi musim baharu Liga Perdana Inggeris, di samping mengharungi kempen liga Europa pada musim depan.-AFP.


(Pemain Brighton, James Milner/FOTO FB SportskeedaFootball/)

Media Baharu