fb fb fb fb fb

Mike Mahen bakal umum persaraan dalam masa terdekat

Jaguh bina badan negara, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah

KUALA LUMPUR, 20 Mac - Jaguh bina badan negara, Datuk Syarul Azman Mahen Abdullah bakal mengumumkan persaraannya dalam masa terdekat selepas lebih dua dekad menabur bakti dalam sukan bina badan.

Perkhabaran mengenai persaraan atlet berusia 50 tahun itu, dimaklumkan menerusi satu hantaran kepada pengamal media sukan tempatan, mengenai sidang media yang akan berlangsung pada Jumaat ini.

Pada Disember tahun lepas, beliau yang lebih mesra dipanggil Mike Mahen, pernah menyatakan hasrat untuk bersara bagi memberi ruang kepada pelapis baharu.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan bina badan sejak berusia 24 tahun, beliau sudah memenangi hampir semua gelaran termasuk membolot gelaran juara dunia buat kali keenam pada Kejohanan Dunia Bina Badan dan Fizik 2023 di Wonju, Korea Selatan pada November 2023.

Sebelum itu, beliau juga berjaya meraih gelaran juara Asia keenam di Nepal pada September tahun lepas.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD