fb fb fb fb fb

16 pemain futsal bawa cabaran negara di Thailand

Foto RTM

KUANTAN, 20 Mac - Seramai 16 pemain dipanggil menyertai pasukan futsal negara bagi kejohanan jemputan empat penjuru, NSDF Futsal Championship Thailand 2024 di Stadium Nonthaburi dari 24 hingga 28 Mac ini.

Jurulatih skuad futsal kebangsaan, Rakphol Sainetngam mahu anak buahnya menunjukkan kemampuan sebenar selain memperolehi pengalaman berharga pada kejohanan tersebut

"Pertandingan kali ini lebih sukar dan juga medan bagi mencari pemain baharu.

"Kami berharap dapat membuat yang terbaik dalam pertandingan ini serta untuk mengharumkan nama Malaysia", kata Sainetgam yang ditemui media di sini pada Selasa.

Selepas daripada kejohonan ini, skuad negara dijadualkan mengharungi perlawanan persahabatan di Vietnam, pada 5 April sebelum bersaing pada Kejuaraan Futsal Asean di Thailand pada 11 hingga 19 Mei.

Skuad kebangsaan kali ini dibarisi tujuh pemain Johor Darul Ta'zim, empat pemain Selangor FC.

Pemain lain yang turut dipanggil ialah Hamdin Zarif dan Harith Naim dari Pahang Rangers FC, Farhan Khairul (Shah Alam City), Syed Shahrul Niezam (Terengganu) dan Hikmal Firdaus (Sabah).

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD