fb fb fb fb fb

MIFOM dilancar di peringkat kebangsaan

SHAH ALAM, 29 Ogos- Peminat sukan bola sepak kini berpeluang untuk merasai pengalaman beraksi dalam padang yang lebih kecil apabila Mini Football Malaysia (MIFOM) dilancarkan di peringkat kebangsaan.

Naib Presiden MIFOM, Suhaimi Abdulah berkata, selain membawa misi mempromosi bola sepak mini, pelancaran itu juga bakal menjadi medium buat peminat menyuarakan cadangan terhadap sukan tersebut yang kini semakin popular di Malaysia.

Jelas beliau, bola sepak mini yang dimainkan enam sepasukan mempunyai potensi besar untuk disertai semua peringkat umur terutama pelajar sekolah.

"Kita hendak mempopularkan permainan ini, kita mempunyai pemain yang berbakat di peringkat akar umbi.

Sebab itu objektif utama supaya anak-anak kita lebih berminat dan dapat berlatih dengan kemahiran tertentu," katanya pada Majlis Pelancaran MIFOM yang disempurnakan Tengku Panglima Raja Selangor, Tengku Ahmad Shah Alhaj Sultan Sallahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

(Suhaimi Abdulah, Naib Presiden MIFOM)

Tambah Suhaimi, sukan berkenaan juga perlu diketengahkan sebagai langkah proaktif dalam menyelesaikan isu kekurangan padang bola sepak akibat pembangunan rancak di Malaysia.

Media Baharu