fb fb fb fb fb

MHL 2024 :TNB dinobatkan juara Liga

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Februari - Pasukan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengakhiri penantian 21 tahun untuk merangkul kejuaraan saingan Liga Hoki Malaysia (MHL) 2024 selepas membelasah JM Antsbees 22-1 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil.

Kemenangan itu juga merupakan yang keenam buat TNB apabila pernah memenangi liga pada 1990, 1991-92, 2000-2001, 2002 dan 2003.

Pemain pasukan itu Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal menjadi penjaring terbanyak dalam perlawanan iaitu pada minit ke-10, ke-12, dua gol pada minit ke-33, ke-47 dan ke-53.

Jurulatih pasukan Nor Saiful Zaini mengakui kehadiran pakar pukulan sudut penalti Korea Selatan, Jang Jong Hyun dari Korea Selatan banyak membantu dalam mengubah rentak permainan pasukan ketika beraksi dalam gelanggang.

Lebih manis apabila anak buah Nor Saiful Zaini sebelum ini telah menjuarai Piala Sumbangsih 2024 selepas meraih kemenangan 3-1 menerusi penentuan shoot-out kepada Terengganu Hockey Team (THT) pada awal Februari lepas.

Dalam satu lagi aksi, pasukan THT muncul naib juara selepas menewaskan Maybank, 4-3.

Penentuan kejuaraan bagi kumpulan wanita akan diadakan Khamis ini melibatkan Malaysian University yang kini menghuni tangga teratas liga dengan 20 mata, diikuti Liaoning,18 mata dan PDRM Blue Warriors, 18 mata.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD