KUALA LUMPUR, 27 Februari - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pemain kebangsaan, Faisal Halim atas kejayaan dinobat penjaring terbaik Piala Asia Qatar.
Menerusi hantaran di X, Perdana Menteri mengucapkan tahniah buat pemain Selangor FC itu selepas dinobat sebagai pemenang.
AFC menyenaraikan jaringan Faisal pada perlawanan menentang Korea Selatan bersama tujuh lagi gol lain untuk dipilih sebagai gol terbaik Piala Asia edisi ke-18.
Dia berjaya mengutip 85 peratus undian.
Faisal dalam reaksinya menyatakan kesyukurannya kerana Perdana Menteri yang menitipkan ucapan kepadanya atas kejayaan yang diraih.
Faisal turut memohon Datuk Seri Anwar mendoakan kejayaan beliau dan pasukan Harimau Malaya di pentas kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027.