fb fb fb fb fb

MHL 2023: TNB belasah pasukan adik 9-0

(Pemain-pemain TNB meraikan gol)

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Ketua Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin memuji barisan pemain yang bangkit dari kekecewaan tewas kepada Terengganu Hockey Team (THT) tempoh hari.

Jelas beliau, kemenangan besar 9-0 keatas TNB Thunderbolts pada aksi Liga Hoki Malaysia malam tadi hasil penambaikan dilakukan selepas aksi berdepan THT.

Namun jelas Saiful masih ada beberapa aspek perlu diperkemas sebelum menghadapi aksi seterusnya berdepan Nurinsafi Sporting.

"Yang ketara adalah semasa hantaran-hantaran di dalam kawasan kita, kalau kita buat kesilapan ia kemudiannya akan jadi serangan balas untuk barisan pertahanan, itu yang saya nampak dan kita nak perbaiki.

Tetapi sebenarnya kita sering menukar pemain mungkin sebab itu bila pemain baharu masuk, mungkin pertukaran-pertukaran dan kesilapan itu sentiasa berlaku,"katanya.

Aksi berdepan TNB Thunderbolts malam tadi menyaksikan pemain Kebangsaan, Muhammad Azrai Aizad Abu Kamal paling menyerlah selepas meledak hatrik.

Tiga lagi pemain Kebangsaan, Faiz Helmi Jali, Muhammad Ramadan Rosli dan Muhamad Aminudin Mohd Zain turut berada dalam senarai penjaring.


(Ketua Jurulatih Tenaga Nasional Berhad (TNB), Nor Saiful Zaini Nasiruddin)

Media Baharu