fb fb fb fb fb

Lebih 1,000 peserta sertai perlumbaan GFNY

KUALA LUMPUR, 12 Februari- Seramai 1,300 peserta menyertai perlumbaan basikal Gran Fondo New York (GFNY) yang berlangsung pagi tadi.

Jumlah peserta tertinggi adalah dari Indonesia iaitu 900 orang dan selebihnya dari negara lain seperti Denmark, Singapura, New Zealand, Jepun dan China.

Acara perlepasan disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Perlumbaan dimulakan di Dataran Merdeka dan kesemua peserta melalui beberapa jalan raya utama sejauh 180 kilometer.

Perlumbaan selama tiga jam itu memberi pengalaman menarik kepada peserta luar negara dan memberi peluang menikmati keindahan Malaysia.

GFNY menyaksikan Kuala Lumpur buat pertama kali menjadi lokasi permulaan perlumbaan, sekali gus meningkatkan aktiviti pelancongan negara terutama dengan kehadiran pelancong asing.


(Perlumbaan selama tiga jam itu memberi pengalaman menarik kepada
peserta luar negara dan memberi peluang menikmati
keindahan Malaysia)

Media Baharu