fb fb fb fb fb

MFC 2022: Selangor Mac benam Shah Alam City 2-0 dalam aksi suku akhir

SHAH ALAM, 18 Jun- Pasukan Selangor Mac membuka tirai perlawanan saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022 dengan kejayaan pertama apabila berjaya menundukan Shah Alam City sebanyak 2-0 dalam aksi suku akhir pertama yang berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam.

Pasukan dibawah kendalian Addy Shairullyzam Mohd Shaffie itu terus cemerlang mengekalkan momentum baik sehingga akhir perlawanan.

Selangor membuka tirai jaringan gol hasil rembatan penyerangnya, Matheus Silva Vasconcelos pada minit ke-29.

Namun, pasukan Shah Alam City tidak mudah mengaku kalah apabila berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-32 hasil jaringan pemain pertahanannya, Saiful Aula Ahmad.

Selang beberapa minit Selangor sekali lagi menggamatkan suasana apabila satu lagi jaringan gol disumbatkan oleh Muhammad Ekmal Shahrin.


(Saingan Malaysia Futsal Cup (MFC) 2022 diadakan di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam)

Dalam perlawanan seterusnya pasukan Negeri Sembilan berjaya menundukan Selangor TOT sebanyak 3-1.

Pasukan Negeri Sembilan berjaya meledakan gol pertama pada minit ke-5 hasil jaringan pemain pertahanannya, Sirhan Aiman Saipubahrim.

Pasukan dibawah kendalian Arasan Joseph berjaya mengawal keseluruhan permainan.

Negeri Sembilan terus menyumbatkan jaringan gol pada minit ke-22 dan 24 hasil jaringan Addli Che Husin dan Navin Das Arokiadass.

Memasuki minit ke-40 pasukan Selangor berhasil menjaringkan gol melalui sepakan penalti Shamsuri Saleh.

Media Baharu