fb fb fb fb fb

Ucapan tahniah Ahmad Faizal atas keputusan cemerlang SPM ‘Usain Bolt’ Malaysia

KUALA LUMPUR, 18 Jun - Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengucapkan syabas dan tahniah kepada pelari pecut muda, Muhammad Azeem Mohd Fahmi yang meraih keputusan cemerlang pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Muhammad Azeem yang diberi jolokan ‘Usain Bolt’ Malaysia, berjaya memperoleh keputusan 6A, 1B dan 1C.

Ahmad Faizal turut berpesan kepada atlet berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan ‘false start’ atau salah mula pada separuh akhir acara 100 meter lelaki Sukan SEA Hanoi, Vietnam bulan lalu.

(Ahmad Faizal ketika membuat panggilan video)

Beliau membuat panggilan video berkenaan pada Sesi Sembang Santai Menteri Belia dan Sukan bersama editor di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Selain Muhammad Azeem, Ahmad Faizal turut kagum dengan pencapaian atlet pelayaran Nur Adlina Nasreen Mohd Nasri, yang meraih keputusan 8A dan 1B dalam SPM 2021.

Ucapan tahniah turut disampaikan kepada pelajar terbaik Sekolah Seni Malaysia Perak, Nasrin Humaira Mohamad Adzhar, yang memperoleh keputusan 10A.

Media Baharu