fb fb fb fb fb

Mesut Ozil sarung jersi Istanbul Basaksehir F.K

FOTO REUTERS

ISTANBUL, 14 Julai - Bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil kini diumum sebagai pemain baharu Istanbul Basaksehir.

Pasukan yang berada dalam kelompok lima terbaik Liga Turkiye itu, mendapatkan khidmat Ozil sejurus selepas kelab Fenerbahce S.K bersetuju menamatkan kontraknya.

Menurut laporan, Mesut Ozil meninggalkan Fenerbahce selepas didapati wujud perselisihan dengan barisan pengurusan pasukan Turkiye itu selain dibelenggu tahap kecergasan.

"Kelab kami dan Mesut Ozil telah bersetuju untuk menamatkan kontrak," Fenerbahce mengumumkan di Twitter pada hari Rabu.

Masa depannya tidak berubah di bawah kendalian pengurus baharu, Jorge Jesus yang terus tidak menggunakan bintang Arsenal namun laporan mengatakan penamatkan kontrak berkenaan dilakukan secara persetujuan bersama.

Beberapa hari sebelum itu Ozil telah mencadangkan dia mahu melihat sisa hari bermainnya di kelab itu.

"Saya tidak akan menamatkan kerjaya saya di mana-mana kecuali di Fenerbahce", dia menyiarkan di media sosial.

Ozil bermain 36 perlawanan buat Fenerbahce, menjaringkan sembilan gol dan tiga bantuan gol.

Fenerbahce adalah naib juara kepada Trabzonspor dalam Super Lig musim lalu dengan gelaran liga terakhir mereka pada 2014.

Terdahulu, Ozil menyertai Arsenal dari Real Madrid pada 2013 dan menjulang Piala FA sebanyak tiga kali di bawah jurulatih ketika itu Arsene Wenger.

Pemenang Piala Dunia Jerman 2014 yang berasal dari Turkiye itu menamatkan karier antarabangsanya susulan timbul isu serangan yang disifatkan sebagai "perkauman" berikutan penyandangnya tersingkir pada pusingan pertama Piala Dunia 2018.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu