fb fb fb fb fb

KPT sasar 35 pingat emas, lima negara terbaik Sukan Universiti ASEAN 2022

PUTRAJAYA, 14 Julai - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyasarkan sebanyak 35 pingat emas di samping menjadi lima negara terbaik dalam Sukan Universiti ASEAN 2022 yang akan berlangsung di Thailand hujung bulan ini.

Dalam satu kenyataan, Menterinya, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyatakan seramai 275 orang kontinjen negara yang merupakan atlet Institut Pendidikan Tinggi (IPT) akan menyertai temasya itu.

Beliau turut menyempurnakan Majlis Penyerahan Insentif Kecemerlangan Sukan Atlet IPT di Sukan SEA Hanoi dan Penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen IPT Malaysia ke Sukan Universiti ASEAN 2022 yang diadakan di Kompleks KPT, di sini.

(Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad menyampaikan Insentif Kecemerlangan Sukan IPT kepada para atlet)

Dalam majlis yang sama, beliau turut menyampaikan Insentif Kecemerlangan Sukan IPT di Sukan SEA Hanoi 2021.

Sejumlah RM135,000 telah disumbangkan kepada para atlet yang telah berjaya menyumbangkan pingat pada kejohanan tersebut dengan jumlah terbesar diperoleh pasukan akuatik terjun.

Penerima tertinggi Insentif Kecemerlangan Sukan SEA 2021 pula dimenangi oleh Khiew Heo Yan daripada UCSI bagi acara Renang 4 X 200 Meter Acara Bebas Lelaki dan menerima insentif berjumlah RM7,000.

Media Baharu