PARIS, 1 Jun-Novak Djokovic mara ke pusingan keempat Terbuka Perancis selepas mencatat kemenangan ke-99 di kejohanan itu, menewaskan pemain kelayakan dari Austria, Filip Misolic, 6-3, 6-4, 6-2 pada Sabtu di Court Philippe Chatrier, Paris.
Pemain berusia 38 tahun itu kini selangkah lagi untuk merebut kejuaraan Grand Slam ke-25 dalam kariernya. Beliau akan menentang wakil Britain, Cameron Norrie, yang sebelum itu mengatasi rakan senegara Jacob Fearnley 6-3, 7-6(1), 6-2.
Meski pun Misolic memberi saingan hebat, Djokovic sentiasa tampak mengawal permainan.
Pada set pertama, beliau menunjukkan pertahanan luar biasa untuk mematahkan beberapa smash Misolic sebelum meraih break penting bagi mendahului 4-2.
Set kedua menyaksikan Djokovic menyelamatkan satu break point sebelum
memenangi set kedua hasil pukulan backhand tajam.
Pada set ketiga, Djokovic mengekalkan momentum walaupun suasana di luar stadium gamat dengan bunga api dan sorakan penyokong bola sepak di Parc des Princes sempena perlawanan akhir Liga Juara Eropah.-REUTERS.