fb fb fb fb fb

Messi setuju lanjut kontrak bersama PSG?

(Lionel Messi/AFP)

LONDON, 26 Disember- Bintang Argentina, Lionel Messi dilaporkan sudah mencapai persetujuan secara prinsipnya untuk memperbaharui kontrak bersama kelab Paris Saint-Germain (PSG).

Perkara itu didedahkan wartawan dan pengkritik sukan Sepanyol, Guillem Balague. Kontrak Messi bersama PSG akan tamat pada Jun 2023.

Bagaimanapun kelab lamanya, Barcelona menyatakan minat untuk mendapatkan pemenang Piala Dunia 2022 itu kembali dan perbincangan telah diadakan.

Messi dilaporkan sudah bersetuju menyambung kontrak untuk semusim lagi termasuk pilihan setahun lagi sekiranya dia mahu kekal di sana hingga 2025.

Pemain berusia 35 tahun itu telah berkhidmat selama 18 bulan di PSG dan akhirnya berjaya merangkul Piala Dunia pada cubaan ke-5 dan meledakkan dua gol ketika Argentina menentang Perancis.

Trofi paling berprestij itu sebelum ini merupakan satu-satunya yang tiada dalam koleksi pemain legenda itu.

(Lionel Messi bersama Trofi Piala Dunia/AFP)

Media Baharu