fb fb fb fb fb

Messi ditawar untuk beraksi di Olimpik Paris 2024

Foto Reuters

BUENOS AIRES, 14 Februari- Bintang bola sepak, Lionel Messi ditawarkan untuk menyertai skuad Bawah-23 Argentina pada temasya Olimpik 2024, Julai ini.

Pengurusnya, Javier Mascherano berkata pasukannya sentiasa membuka pintu kepada Messi.

Dalam aksi bola sepak lelaki Olimpik, semua pasukan bertanding dibenar menurunkan tiga pemain lebih usia.

Menurut Mascherano, pasukannya telah menghantar jemputan kepada Messi untuk beraksi pada Sukan Olimpik 2024.

Argentina meraih slot ke Sukan Olimpik Paris selepas menundukkan Brazil 1-0 pada pusingan akhir kejohanan kelayakan zon Amerika Selatan di Caracas, Venezuela.

Messi yang kini bersama Inter Miami, pernah membantu skuad Argentina meraih pingat emas pada Sukan Olimpik Beijing 2008.-REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM