fb fb fb fb fb

BATC: Malaysia jinakkan UAE, 5-0

Foto FB BAM

SETIA ALAM, 14 Februari- Skuad badminton wanita negara berjaya menjinakkan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), 5-0 dalam aksi Kejohanan Badminton Berkumpulan Asia 2024, tengah hari tadi.

Malaysia diwakili Goh Jin Wei, K. Letshanaa, Wong Lin Ching bagi kategori perseorangan manakala Pearly Tan-M.Thinaah dan Tan Zhing Yi-Teoh Mei Xing diletakkan sebagai wakil beregu.

Kesemua mereka mudah menundukkan lawan secara 'straight sets'.

Pemain di ranking ke-32 dunia, Goh Jin Wei turun menentang Azzahra, menang dengan keputusan 21-13 dan 21-9.

K. Letshanaa yang diletakkan sebagai pemain kedua pula, menang 21-11 dan 21-14 manakala Wong Lin Ching yang membuat penampilan pertama di BATC, tenang menewaskan Sreeyukhta Parol, 21-4 dan 21-12.

Bagi aksi beregu, gandingan beregu utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah mudah menundukkan Nayonika Rajesh-Madhumita Sundarapandian 21-4 21-5.

Tan Zhing Yi-Teoh Mei Xing melengkapkan kemenangan terakhir skuad negara apabila Zainab Siraj-Sreeyukhta Parol terpaksa akur, tewas 21-4 dan 21-14.

Selepas ini, pasukan wanita akan bertemu Thailand pada esok untuk mengesahkan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Terdahulu, skuad badminton lelaki negara berjaya menundukkan wakil Brunei 5-0 pada Selasa.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM