fb fb fb fb fb

Akinade sah sertai TFC

Foto TFCTV

KUALA LUMPUR, 14 Februari - Spekulasi mengenai kemasukan bekas penyerang import Kelantan FC, Ismaheel Akinade ke skuad Penyu akhirnya menjadi kenyataan.

Perkara tersebut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas.

Menurut Mohd. Sabri, kehadiran tonggak import kelahiran Nigeria itu diharap dapat menajamkan jentera serangan TFC yang menurutnya agak bermasalah musim lepas.

Sebelum menyertai Liga Malaysia, Akinade pernah beraksi bersama kelab bola sepak Vietnam, Ho Chi Minh City FC, SHB Da Nang dan Honginh Ha Tinh.

Beliau kemudiannya menyertai Kelantan FC pada jendela kedua perpindahan musim lepas dan berjaya meledak tujuh gol dalam 16 penampilannya bersama pasukan itu.

Mohd Sabri sebelum ini mengumumkan bahawa TFC hanya akan menggunakan khidmat enam tonggak import musim ini atas faktor penjimatan dan kekangan kewangan.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD