fb fb fb fb fb

Latif, Ziyad ceriakan kem negara di Dubai

Foto RTM

DUBAI, 14 Februari - Kem para olahraga negara terus mencipta kecemerlangan musim ini apabila menghadiahkan dua emas pada kejohanan dunia di Dubai.

Dua pingat emas diraih menerusi Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli.

Datuk Abdul Latif muncul pemenang dalam saingan akhir acara lompat jauh T20 pada World Para Athletics Grand Prix di sini.

Pada aksi berkenaan, Pemenang emas Paralimpik dua kali itu berjaya menamatkan saingan dengan jarak sejauh 7.11 meter.

Sementara itu, Muhammad Ziyad berjaya mengekalkan tahap prestasi terbaiknya apabila mengungguli saingan akhir acara lontar peluru F20 dengan jarak lontaran sejauh 16.62 meter pada kejohanan di Dubai.

Pencapaian dua atlet para tersebut membuktikan mereka kini berada di landasan terbaik menjelang Sukan Paralimpik Paris 2024, Ogos ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD