fb fb fb fb fb

Messi digantung perlawanan kerana tidak sertai perlawanan MLS All-Star

Bintang Inter Miami, lionel Messi/Foto REUTERS

NEW YORK, 26 Julai – Bintang Inter Miami, Lionel Messi digantung satu perlawanan oleh Major League Soccer (MLS) selepas ponteng aksi MLS All-Star tanpa kebenaran awal, umum liga itu pada Jumaat.

Messi dan rakan sepasukannya, Jordi Alba tidak menyertai perlawanan MLS All-Star pada Rabu walaupun tiada kecederaan dan tersenarai dalam skuad berkenaan.

Menurut peraturan MLS, mana-mana pemain yang tidak menyertai aksi itu tanpa kelulusan liga secara automatik tidak dibenarkan beraksi dalam perlawanan kelab seterusnya.

Akibatnya, Messi akan terlepas aksi menentang pendahulu Konfederensi Timur, FC Cincinnati pada Sabtu. -REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD