fb fb fb fb fb

Mensik, Davidovich Fokina tunjuk bisa di Basel

Jakub Mensik (kiri) dan Alejandro Davidovich Fokina (kanan)/REUTERS

BASEL, 20 Oktober- Pemain pilihan Jakub Mensik dari Republik Czech dan bintang Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina terpaksa berhempas pulas melalui penentuan ‘tie-break’ set pertama sebelum menempah slot ke pusingan kedua kejohanan Swiss Indoors Basel pada Isnin.

Pilihan ketujuh, Mensik menamatkan aksi hari pertama dengan kemenangan sengit 7-6(1), 6-7(7), 6-3 ke atas pemain tuan rumah yang menerima tiket 'wild card', Henry Bernet dalam pertarungan selama dua jam 29 minit.

Mensik mematahkan servis Bernet pada permainan kedua set penentuan dan terus mendominasi hingga ke penghujung perlawanan.

Sementara itu, pilihan kelapan, Davidovich Fokina menewaskan wakil Itali, Lorenzo Sonego, 7-6(2), 6-4 dalam tempoh dua jam empat minit, hasil 23 pukulan kemenangan (winners) yang dicatatkan pemain Sepanyol itu.

Dalam satu lagi perlawanan, pemain Amerika Syarikat (AS), Jenson Brooksby mencipta kejutan apabila menyingkirkan pemain Perancis, Alexandre Muller, 6-4, 6-3 manakala wakil Sepanyol, Jaume Munar, menundukkan pemain tuan rumah, Remy Bertola, 6-2, 6-4. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM