fb fb fb fb fb

Liga Juara-Juara: Newcastle United buru kemenangan berganda berdepan Benfica

Foto REUTERS

NEWCASTLE, 21 Oktober- Newcastle United optimis untuk meraih kemenangan berturut-turut dalam saingan Liga Juara-Juara buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad menjelang pertemuan dengan Benfica di Stadium St James’ Park, London, awal pagi esok.

Skuad kendalian Eddie Howe itu sebelum ini tewas 1-2 kepada Brighton dalam aksi Liga Perdana pada Sabtu lalu dan belum pernah mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam kejohanan utama Eropah sejak Februari 2003.

Namun, Newcastle mungkin terpaksa beraksi tanpa khidmat tonggak tengah, Sandro Tonali, yang tidak menyertai sesi latihan pada Isnin akibat masalah kesihatan.

“Kami akan beri dia setiap peluang yang ada. Dia tidak hadir latihan hari ini, dan dia pemain yang sangat penting buat kami, jadi kami akan manfaatkan setiap jam yang ada,” kata Howe.

Sementara itu, kelab Portugal itu tiba di England dengan misi memburu mata pertama selepas tewas dalam dua perlawanan terdahulu kepada Qarabag FK dan Chelsea.

Jurulatih Benfica, Jose Mourinho berkata beliau sudah merangka strategi tersendiri namun mengakui Newcastle merupakan lawan yang sukar, terutama apabila beraksi di laman lawan yang penuh tekanan.

“Kami bakal berdepan pasukan yang sangat kuat, sangat kuat, esok,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM