MANCHESTER, 3 Disember-Manchester United memulakan era baharu di bawah Ruben Amorim dengan cemerlang, apabila memenangi tiga perlawanan berturut-turut.
Kejayaan itu membolehkan kelab berkenaan berada di kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris.
Namun, cabaran sebenar menanti mereka yang dijadualkan bertemu Arsenal yang berada di kedudukan kedua pada Rabu di Stadium Emirates.
United kini di tangga kesembilan, 15 mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Masalah ketumpulan di bahagian serangan dengan hanya 13 gol dalam 12 perlawanan liga akhirnya terlerai apabila mereka membelasah Everton 4-0 di Old Trafford pada Ahad lalu.
Namun, berkunjung ke Emirates bukan tugas mudah. United telah tewas dalam tiga pertemuan terakhir mereka dengan Arsenal, yang kini enam mata berbanding United.
“Ini adalah pasukan terbaik yang kami hadapi setakat ini.
"Tapi setiap perlawanan adalah ujian. Kalau anda lihat perlawanan terakhir (menentang Everton), ia sangat mencabar,” kata Amorim kepada pemberita pada Isnin.
“Adalah penting untuk berani .
Apabila saya kata berani, ia bukan bermakna menyerang habis-habisan sepanjang masa.
"Anda perlu faham situasi perlawanan. Kami perlu menguasai bola, itu kuncinya.
“Kami mahu menguasai bola, kami mahu mendominasi kerana perlawanan seperti ini sukar untuk dikawal sepenuhnya.
Kami perlu berani dan bermain dengan strategi", jelas Amorim.
Sementara itu,Amorim turut mengesahkan bahawa kapten pasukan, Bruno Fernandes, yang dikeluarkan pada minit ke-66 ketika menentang Everton, berada dalam keadaan cergas untuk perlawanan menentang Arsenal.
“Saya sudah berjumpa dia pagi tadi (Isnin). Dia cergas dan tidak perlukan banyak rehat.
"Dia bersedia untuk bermain,” tambah Amorim.
Selain itu, Amorim juga turut memuji bakat muda berusia 19 tahun, Leny Yoro, yang baru sahaja menyertai United dari Lille.
Meskipun belum membuat penampilan kompetitif akibat kecederaan ketika pramusim, Amorim memberi bayangan bahawa Yoro bakal disenaraikan ke dalam skuad.
“Kecergasannya semakin baik.
"Saya rasa dia akan berada dalam skuad. Tetapi kami masih perlu menilai beberapa pemain lain kerana ada yang keletihan,” kata Amorim.
“Saya fikir dia adalah bakat istimewa. Kami perlu berhati-hati dalam fasa permulaan ini kerana kami belum banyak berlatih bersama.
"Dia pemain yang sangat pantas dan sesuai dengan konsep pertahanan moden, terutama apabila mahu bermain dengan strategi menekan dan berdepan situasi satu lawan satu", katanya.
United kini dalam misi membuktikan kebangkitan mereka di bawah Amorim, tetapi hanya masa yang akan menentukan sejauh mana mereka mampu menyaingi pasukan seperti Arsenal.
Semua mata akan tertumpu di Emirates untuk melihat sama ada Amorim mampu lulus ujian besar pertama sebagai pengurus United.-REUTERS