fb fb fb fb fb

Menang Liga Super kali ke-10, JDT adakan sambutan besar-besaran

FOTO FB johorsoutherntigers.com.my

ISKANDAR PUTERI, 16 Disember- Johor Darul Takzim (JDT) menyambut kejuaraan kesepuluh berturut - turut Liga Super Malaysia dengan penuh meriah, menerusi  Decade Of Dominance yang diadakan selepas perlawanan menentang Penang FC, di Stadium Sultan Ibrahim di sini.

Sambutan berkenaan diserikan dengan persembahan dron, pertunjukan bunga api yang menerangi langit.

Para penyokong JDT turut disajikan persembahan bertenaga daripada kumpulan tari lagenda, The Jabawockeez.

Sambutan dimeriahkan lagi dengan persembahan artis antarabangsa, French Montana dan Vegedream.

Kejuaraan kali ke-10 itu menjadikan JDT Juara Double Quadruple, apabila menyapu bersih kesemua empat trofi, dalam saingan liga Malaysia musim ini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD