ISKANDAR PUTERI, 16 Disember - Johor Darul Ta'zim (JDT) menamatkan saingan perlawanan terakhir Liga Super 2023 dengan bergaya apabila berjaya menumpaskan Penang FC, 8 -0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor.
Disaksikan 33, 169 penyokong JDT mengotakan janjinya untuk meraih kemenangan mutlak musim ini.
Babak perlawanan menyaksikan gol pertama JDT dijaringkan seawal minit ke empat selepas Arif Aiman berjaya menewaskan penjaga gol Penang FC, Shafiq Afifi Suhaimi.
Selang 13 minit kemudian, gol kedua JDT dijaringkan menerusi tandukan penyerang import sensasi Bergson Da Silva pada minit ke-17.
JDT dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke 31 selepas Heberty Fernandes De Andrade dikasari dan gol disempurnakan Bergson Da Silva pada minit ke 32.
JDT menambah derita kepada Penang FC apabila berjaya menyumbat gol keempat hasil sepakan Akhyar Rashid pada minit ke 40 sebelum Heberty Fernandes menyumbat gol pada dua minit kemudian.
Arif Aiman melengkapkan hatrik pada minit 47 dan 51 sebelum menambah satu lagi jaringan, menerusi penalti pada masa tambahan.
Sementara itu, dalam sidang media Ketua Jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli berkata pihaknya terkesan dengan ketiadaan Kapten pasukan yang berpengaruh di barisan pertahanan.
"Memang terkesan kerana kita tahu Victor seorang kapten yang berpengaruh di barisan pertahanan, apabila Victor tidak ada Adriano tidak ada, Sony tidak ada jadi ini satu yang menggangu persiapan pasukan tetapi sebagai jurulatih, saya perlu bersedia dengan segala kemungkinan apa pemain yang saya percaya mahu bermain untuk pasukan mahu berusaha untuk pasukan saya akan menggunakan," kata Akmal Rizal, di sini.
Sementar itu Ketua Jurulatih JDT, Esteban Solari berkata beliau gembira dan berterima kasih kepada semua pemain dan staf atas kemenangan yang diberikan.
"Perkara hari ini kita skor 100 goal dalam kejuaran in,i dan pada saya ini sangat menakjubkan kerana ia tidak mudah. Dalam dunia ini ia tidak mudah untuk menyelesaikan tugas ini, tidak, saya tidak menjangkakan tetapi macam saya beritahu sebelum ini apabila kita hampir sampai ke penghujung kita akan capai sasaran," kata Esteban.
Beliau juga memaklumkan akan memfokuskan persiapan mental dan fizikal serta membaiki karakter untuk musim akan datang.
Setakat ini, beliau tidak mahu memberi sebarang komen mengenai pemindahan pemain penting JDT iaitu Akhyar dan Safawi namun mengakui terdapat kemungkinan empat pemain import baharu yang akan dimasukkan ke dalam pasukan itu.