fb fb fb fb fb

Menang berturut-turut, Al-Hilal pecah rekod dunia

Para pemain Al-Hilal meraikan kemenangan menentang Al-Ittihad / Foto Reuters

JEDDAH, 13 Mac - Kelab Liga Pro Saudi, Al-Hilal berjaya menewaskan Al-Ittihad 2-0 pada separuh akhir Liga Juara-Juara Asia.

Kemenangan itu sekali gus melengkapkan kejayaan agregat 4-0 dan mencipta rekod dunia dengan memenangi perlawanan dalam semua pertandingan buat kali ke-28.

Pada perlawanan berkenaan, Yasser Al-Shahrani menjaringkan gol pada minit ke-61 dan Malcom menambah gol kedua pada masa tambahan selepas penjaga gol Al-Hilal, Mohammed Al-Owais mengecewakan pasukan Al-Ittihad yang berusaha untuk menterbalikkan defisit 2-0 pada perlawanan pertama.

Al-Hilal bakal bertemu dengan kelab Al-Ain yang menumpaskan Al-Nassr pada saingan suku akhir pada Isnin.

Kemenangan itu mengatasi rekod 27 kemenangan kelab Wales The New Saints (TNS) pada 2016-17.

TNS memadam rekod 26 kemenangan berturut-turut Ajax Amsterdam, rekod yang bertahan selama 44 tahun.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD