MELAKA, 24 Februari- Sebanyak tujuh kejohanan tenis peringkat kebangsaan dan antarabangsa akan berlangsung di Melaka pada April hingga November depan.
Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) negeri, Datuk V.P Shanmugam berkata ia melibatkan antaranya tiga kejohanan Asian Tennis Federation Melaka (ATF) Bawah 14 tahun dan 16 tahun.
Turut diadakan Kejohanan Melaka Tennis Malaysia Junior Tour; Melaka Historical International Inter Term Tennis; Melaka Tennis Malaysia National Circuit dan ITF World Tennis Tour M15 Melaka.
Kerajaan negeri akan membantu menyalurkan dana kepada Persatuan Lawn Tennis Melaka (MLTA) bagi menjayakan penganjuran kesemua kejohanan berkenaan.
Untuk kejohanan melibatkan antarabangsa, setakat ini 15 negara telah mengesahkan penyertaan.
Kejohanan akan berlangsung di Kompleks Tennis Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Ayer Keroh.
Beliau berharap usaha ini dapat mencungkil bakat baharu atlet tenis dalam kalangan generasi muda.
Datuk Shanmugam memaklumkan demikian pada sidang media kejohanan berkenaan di Ayer Keroh.