fb fb fb fb fb

Meinso FC juara KFA Junior Leuge Langkawi 2024

Foto Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah

LANGKAWI, 8 September - Meinso FC dinobatkan selaku juara KFA Junior Leuge Langkawi 2024 setelah menundukkan Temoyong FC dengan jaringan satu kosong.

Manakala penentuan tempat ke-3 dan ke-4 terpaksa ditentukan melalui sepakan penalti apabila Ayer Hangat FC dan Lone FC terikat satu sama sehingga tamat perlawanan.

Ayer Hangat FC dinobatkan selalu pasukan ketiga terbaik apabila menang 4-2 menerusi sepakan penalti.

Pada perlawanan akhir tersebut menyaksikan Tunku Mahkota Kedah Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin mencemar duli berangkat hadir ke perlawanan Akhir KFA Junior League Langkawi 2024 di Stadium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA).

KFA Junior League Langkawi 2024 merupakan kejohanan bolasepak khusus kepada pembangunan akar umbi iaitu kategori bawah 17 tahun.

Kejohanan kali ini melibatkan penyertaan sembilan pasukan dari setiap mukim di daerah Langkawi.

Sembilan pasukan tersebut ialah Kenari Kid, Lagenda Mahsuri, Belia Kg Kok FC, Lone FC, Ayer Hangat FC, Bayas FC, Temonyong FC, Mienso FC dan Teriang FC yang dilangsungkan saingan secara liga.

TETITIA YUSOFF