PETALING, 11 Mei - Siri pertama MBPJ Selangor Trail Endurance Series 2025 membuka tirainya hari ini dengan sambutan menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa.
Acara yang berlangsung di Taman Rimba Riang, Kota Damansara itu menarik penyertaan seramai 250 orang peserta termasuk dari China, Perancis dan Indonesia.
Datuk Bandar MBPJ, Mohamad Zahri Samingon berkata, objektif utama program adalah untuk memupuk budaya sukan lasak menerusi penganjuran aktiviti di persekitaran semula jadi.
Selain meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar.
"Sebenarnya bila kita melibatkan alam sekitar bila peserta-peserta ni kita akan biasakan di keadaan alam sekitar dan juga untuk ketahanan dan sebagainya lah bagaimanapun kalau mereka nak memasuki endurance yang tahan lasak semua ni kita memerlukan latihan kerjasama dan sebagainya", katanya selepas Program MBPJ Selangor Trail Endurance Series 1 hari ini.
Siri kedua dijadualkan berlangsung di Bukit Gasing pada Ogos depan.
Manakala siri ketiga akan diadakan pada bulan November di Taman Rimba Kancing, Rawang.