fb fb fb fb fb

Tengku Zafrul mampu kemudi kem badminton rangkul emas Olimpik

Tengku Datuk Seri Zafrul dipilih secara sebulat suara sebagai presiden ke-13 BAM

KUALA LUMPUR, 11 Mei - Presiden baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mampu mengemudi kem badminton negara merangkul emas di pentas Olimpik.

Keyakinan itu disuarakan Timbalan Presiden 2 BAM Datuk Seri Dr Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Beliau percaya kepimpinan Tengku Datuk Seri Zafrul akan memberi impak positif kepada badan induk badminton negara itu.

"Objektif BAM tetap sama untuk mendapatkan emas di Olimpik dan saya yakin sasaran utama tersebut akan capai.

"Tengku Zafrul orang yang jujur dan beliau tidak memberi satu janji palsu. Jadi, beliau telah berterus terang memberitahu bahawa beliau perlu 100 hari untuk memahami BAM dan berbincang dengan pengurusan tertinggi,” katanya selepas penyampaian hadiah kejohanan Badminton Jejak Juara 2025 di sini.

Semalam, Tengku Datuk Seri Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dipilih secara sebulat suara sebagai presiden ke-13 BAM selepas tidak dicabar mana-mana pesaing pada sesi pemilihan dijalankan bersempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

JALALUDDIN BIN BAHARIN