fb fb fb fb fb

Mbappe tidak kecewa PSG menang UCL selepas pemergiannya

Foto AFP

STUTTGART, 7 Jun - Kylian Mbappe menegaskan dia tidak kecewa apabila bekas kelabnya, Paris Saint Germain (PSG) menjuarai Liga Juara-Juara musim ini, setahun selepas pemergiannya ke Real Madrid.

Beliau yang kini mengetuai skuad Perancis di Liga Negara-Negara, menyatakan bahawa waktunya bersama PSG sudah berakhir dan dia reda tidak menjadi sebahagian daripada skuad bersejarah itu.

PSG melakar sejarah apabila membelasah Inter Milan 5-0 pada final di Munich minggu lalu, kejuaraan Eropah pertama dalam sejarah kelab berkenaan.

Mbappe, yang gagal membantu PSG menjulang kejuaraan Eropah sepanjang tujuh tahun di Paris, menyertai Real pada musim panas 2024 dengan harapan memburu kejuaraan Eropah pertamanya.

Namun, impian itu tertangguh apabila Los Blancos tersingkir di suku akhir kepada Arsenal, manakala musim sulungnya bersama Real berakhir tanpa sebarang trofi, kegagalan pertama kelab itu dalam empat tahun. - AFP

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE