MUNICH, 7 Jun - Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa beliau tidak akan bermain dalam Piala Dunia Kelab yang akan datang pada hari Sabtu ini, sekali gus menolak khabar angin bahawa beliau bakal berpindah ke salah sebuah kelab yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut.
Katanya, dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa beliau akan menyertai kejohanan itu adalah tidak benar.
Sebelum ini, Ronaldo memuat naik kenyataan di media sosial mengatakan "bab ini telah berakhir" ketika laporan mula tersebar bahawa beliau mungkin akan berpindah ke kelab lain.
Perkara tersebut mencetus spekulasi tidak benar mengenainya termasuk terdapat kemungkinan beliau berpindah ke kelab Al Hilal, Arab Saudi. - AFP