MADRID, 20 Oktober - Kylian Mbappe melebarkan rekod jaringannya kepada 11 perlawanan berturut-turut apabila membantu Real Madrid merampas semula kedudukan teratas La Liga selepas menewaskan Getafe, 1-0, awal pagi tadi.
Perlawanan di Stadium Coliseum itu menyaksikan Getafe terpaksa beraksi dengan sembilan pemain gara-gara pertahanan kanan, Allan Nyom dibuang padang selepas hanya seminit dimasukkan.
Kelebihan itu digunakan sebaiknya Mbappe dan menghukum lawan dengan gol kemenangan pada minit ke-80.
Getafe yang merupakan pasukan tuan rumah terus tertekan apabila kali ini pemain sayap, Alex Sancris turut dibuang padang di penghujung perlawanan.
Sementara itu pengendali pasukan, Xabi Alonso berkata dia gembira dengan prestasi ditampilkan Mbappe.
"Dia seorang yang tegas," katanya. - AFP