fb fb fb fb fb

Liga Pro Saudi: Quinones ledak hatrik, julang Al-Qadsiah ke tangga kedua

Foto FB Al-Qadsiah FC

JEDDAH, 20 Oktober- Julian Quinones meledak hatrik untuk membawa Al-Qadsiah meraih kemenangan 3-1 ke atas Neom dalam saingan Liga Perdana Arab Saudi pada Ahad.

Pemain antarabangsa Mexico itu membuka jaringan seawal minit ke-11 sebelum menambah satu lagi pada masa kecederaan separuh masa pertama.

Bekas penyerang Arsenal dan Lyon, Alexandre Lacazette menjaringkan gol untuk tuan rumah pada minit ke-66, tetapi gol ketiga Quinones pada dua minit terakhir memastikan kemenangan Al-Qadsiah.

Pemain kelahiran Colombia berusia 28 tahun itu kini berada di tangga ketiga perebutan Kasut Emas dengan enam gol dari lima perlawanan pertama, di belakang Joshua King (7) dan Joao Felix (8).

Kemenangan itu turut melonjakkan Al-Qadsiah ke tangga kedua liga, dua mata di belakang pendahulu Al Nassr manakala Neom kekal di tangga kesembilan dengan sembilan mata. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM