fb fb fb fb fb

Lebih 400 peserta sertai Kejohanan Bakat Memanah R10AC 2025

Intan Syafinaz Shaari / RTM

KUALA LUMPUR, 20 Oktober - Lebih 400 peserta dari empat negeri mengambil bahagian dalam Kejohanan Bakat Memanah R10AC 2025 yang berlangsung di padang memanah Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju.

Pengarah Program, Intan Syafinaz Shaari berkata kejohanan itu menjadi platform penting dalam usaha mencungkil bakat baharu sukan memanah.

Khususnya dalam kalangan peserta berusia bawah 16 tahun.

"Ini memang fokus utama kita, kita mahu mencungkil mereka untuk keyakinan diri dan memberi peluang memasuki pertandingan kerana ada antaranya baru pertama kali mengambil bahagian," katanya.

Menurut beliau, penyertaan kali ini turut menarik minat peserta dari Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Selangor, sekali gus menunjukkan perkembangan positif terhadap minat generasi muda terhadap sukan tradisi itu.

Selain itu katanya kejohanan seumpama itu bukan sahaja dapat melahirkan bakat baharu berpotensi tinggi, malah berperanan mempromosikan sukan memanah sebagai aktiviti yang inklusif dan sesuai disertai semua peringkat usia.

Sementara itu, pemenang individu wanita kategori bawah lapan tahun, Qamelya Nur Darissan Mohd Safuan, 8, mengakui kejohanan tersebut memberinya banyak pengalaman baharu.

Ini termasuk cara memperbetulkan teknik dan meningkatkan kekuatan fizikal semasa latihan.

MOHAMAD KHAIRIE KHALID