fb fb fb fb fb

Mbappe jaring lima gol aksi Piala Perancis

(Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (kanan) melengkapkan hatrik di babak
pertama aksi Piala Perancis menentang Pays de Cassel di Stadium Bollaert-Delelis, Lens/AFP)

PARIS, 24 Januari- Kylian Mbappe menjadi pemain Paris Saint-Germain pertama menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan ketika gergasi Ligue 1 itu menewaskan kelab divisyen enam, Pays de Cassel 7-0 dalam aksi Piala Perancis.

Mbappe, yang menjaringkan hatrik ketika Perancis tewas di tangan Argentina pada aksi akhir Piala Dunia sebulan lalu, melengkapkan ketiga-tiga gol di babak pertama ketika PSG mendahului 4-0 sebelum rehat.

Dia menambah dua gol lagi di babak kedua, dengan Neymar dan Carlos Soler turut menemui sasaran untuk PSG dalam pertembungan kelompok 32 terakhir itu.

Penyerang Paris Saint-Germain, Neymar menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika aksi Piala Perancis menentang Pays de Cassel di Stadium Bollaert-Delelis, Lens.

PSG yang sudah memenangi Piala Perancis sebanyak 14 kali, melebihi mana-mana pasukan lain, akan bertemu Marseille awal bulan depan.

Perlawanan itu akan berlangsung pada 6 Februari, seminggu sebelum PSG melayan kunjungan Bayern Munich dalam perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah.

Mbappe diberikan lilitan kapten manakala Neymar turut membarisi kesebelasan utama, tetapi Lionel Messi direhatkan.

(Penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe (kiri) meraikan kemenangan dengan rakan sepasukan Neymar
 ketika aksi Piala Perancis menentang Pays de Cassel di Stadium Bollaert-Delelis, Lens/AFP)

Mbappe turut membuat umpanan untuk jaringan pertama Neymar sejak Piala Dunia.

Mbappe kini menyamai rekod jaringan sepanjang zaman Piala Perancis dan sudah meledak 29 gol dalam semua pertandingan, menyamai rekod legenda Marseille, Jean-Pierre Papin. -AFP 

Media Baharu