fb fb fb fb fb

Kyrgios sasar 'come back' pada Mac selepas pembedahan lutut

(Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios)

MELBOURNE, 24 Januari- Bintang tenis Australia, Nick Kyrgios menyifatkan pembedahan lututnya adalah satu kejayaan yang hebat dan menyasarkan untuk kembali beraksi dengan bakal menjadikan aksi Masters ATP Indian Wells pada Mac sebagai penampilan pertamanya.

Pengurusnya, Daniel Horsfall berkata, pemain berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan sekali gus menarik diri daripada Terbuka Australia pada malam sebelum kejohanan, berkata dia sangat kecewa terlepas Grand Slam di depan penyokong sendiri.

"Pembedahan itu adalah satu kejayaan besar," kata pengurusnya Daniel Horsfall kepada akhbar Melbourne Age.

"Kami gembira dengan keputusan itu. Sekarang kami akan meneruskan untuk pemulihan yang cepat dan menyasarkan untuk beraksi di Indian Wells." -AFP


(Pemain tenis Australia, Nick Kyrgios)

Media Baharu