fb fb fb fb fb

Mbappe disenaraikan semula dalam pasukan utama PSG

(Kylian Mbappe telah dimasukkan semula dalam pasukan utama Paris Saint-Germain (PSG)/REUTERS)

PARIS, 13 Ogos- Bintang Perancis, Kylian Mbappe telah dimasukkan semula dalam pasukan utama Paris Saint-Germain (PSG) selepas diketepikan selama beberapa minggu di tengah-tengah pertikaian kontrak yang berterusan.

PSG membuka tirai kejuaraan Ligue 1 mereka dengan keputusan seri tanpa jaringan di tempat sendiri menentang Lorient pada hari Sabtu.

“Selepas perbincangan yang sangat membina dan positif antara Paris Saint-Germain dengab Kylian Mbappe sebelum perlawanan PSG-Lorient, pemain itu dimasukkan semula dalam latihan pasukan utama pagi ini,” umum PSG dalam satu kenyataan.

Selepas musim panas yang menyaksikan ketibaan pemain-pemain baharu dan perpindahan Lionel Messi ke kelab Inter Miami, kedudukan Mbappe terus mendominasi tajuk berita.

Sekiranya ketua pasukan kebangsaan Perancis itu enggan menandatangani pelanjutan kontrak, dia boleh meninggalkan PSG secara percuma tahun depan, dengan Real Madrid sudah lama dilihat sebagai destinasi pilihannya.

"Kedudukan sangat jelas. Jika Kylian mahu kekal, dia mesti menandatangani kontrak baharu. Kami tidak boleh membiarkan pemain terbaik dunia hari ini pergi secara percuma. Ia adalah mustahil," kata presiden PSG, Nasser al-Khelaifi bulan lalu.

Mbappe tidak dibenarkan berlatih bersama pasukan utama dan bermain hanya satu daripada lima perlawanan pemanas badan PSG dan tidak dijemput ke jelajah pramusim di Jepun dan Korea Selatan.

Jurulatih baharu Luis Enrique pada hari Jumaat berkata dia berharap penyelesaian dapat dicapai tetapi Mbappe tidak dibenarkan berlatih bersama pasukan utama dan diketepikan daripada skuad untuk berdepan Lorient. -AFP

(Mbappe disenaraikan semula dalam pasukan utama PSG/File AFP)

Media Baharu