fb fb fb fb fb

Hannah puji semangat juang 'Speedy Tigers'

(FOTO FB PERSATUAN HOKI MALAYSIA)

PUTRAJAYA, 13 Ogos - Pujian harus diberikan kepada skuad hoki lelaki negara diatas pencapaian yang membanggakan sepanjang kejohonanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 di Chennai, India.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata skuad Speedy Tigers telah mempamerkan permainan yang baik di bawah bimbingan jurulatih A. Arul Selvaraj.

(Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh)

"Kita sangat berbangga dengan pencapaian pasukan hoki Malaysia kerana mereka mampu ke peringkat akhir, kalah sikit saja kepada India.

"Saya berharap dengan adanya usaha untuk membantu mereka dalam jawatankuasa Road to Gold (RTG), prestasi pasukan hoki Malaysia akan terus cemerlang," katanya selepas hadir menyaksikan perlawanan akhir kejohonanan Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2023 yang disiarkan secara skrin besar di padang Perbadanan Putrajaya, di sini, pada Sabtu.

Skuad Speedy Tigers tewas 3-4 kepada India pada aksi final di Stadium Mayor Radhakrishan, pada Sabtu.

Tambah Hannah, pasukan hoki negara harus menumpukan fokus dan latihan persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan Asia Hangzhou tidak lama lagi.

Media Baharu