PARIS, 22 Ogos- Bintang Paris Saint Germain (PSG), Kylian Mbappe mencipta sensasi selepas mencetak gol menentang Lille hanya lapan saat selepas wisel sepak mula.
Ia menjadi rekod peribadi pertamanya selain pernah dilakukan oleh Michel Rio dalam sejarah Ligue 1 yang mewakili pasukan Caen ketika menentang Cannes pada tahun 1992.
Menurut ahli statistik MisterChip bahawa Rio lebih sedikit pantas menjaringkan gol iaitu 7.9 saat berbanding Mbappe 8.3 saat.
Namun, kegembiraan tersebut tidak terhenti di situ selepas PSG menewaskan Lille 7-1.
Messi, Achraf Hakimi dan Neymar turut menjaringkan gol sebelum rehat dengan Mbappe melengkapkan hatrik di babak kedua dan Neymar menambah satu gol lagi.
Perlawanan berkenaan mengakhiri hujung minggu yang dipenuhi kad merah selepas pengadil bertindak dengan lebih tegas.
Selepas Vanderson dari Monaco dan Samuel Gigot dari Marseille dilayangkan kad merah pada Sabtu, sembilan lagi kad merah dilayangkan semalam, rekod tertinggi untuk satu pusingan Ligue 1 sejak 30 tahun lalu.-AFP
(FOTO AFP)