fb fb fb fb fb

Masters Kumamoto : Sze Fei-Izzuddin mara ke separuh akhir

Pasangan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin / BERNAMA

KUALA LUMPUR, 14 November - Gandingan beregu lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin, melangkah ke separuh akhir Masters Kumamoto 2025 selepas menewaskan pasangan Taiwan, Lee Jhe Huei–Yang Po Hsuan, di Gimnasium Wilayah Kumamoto hari ini.

Dalam aksi suku akhir yang berlangsung di gelanggang dua, pasangan negara terpaksa bekerja keras selama 46 minit sebelum mencatat kemenangan dengan keputusan 16-21, 21-10, 16-21.

Meskipun tewas pada set pertama, Sze Fei–Nur Izzuddin bangkit dengan lebih agresif pada set kedua, menguasai permainan menerusi serangan konsisten dan corak permainan lebih tersusun.

Pada set penentuan, mereka kekal tenang untuk memastikan slot ke separuh akhir menjadi milik mereka.

Kejayaan itu menyaksikan mereka bakal berdepan wakil tuan rumah, Hiroki Midorikawa–Kyohei Yamashita yang mewaskan beregu negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King dalam satu lagi aksi suku akhir.

Sementara itu, dalam aksi beregu wanita di gelanggang tiga, beregu wanita negara Pearly Tan– M Thinaah tidak berdepan masalah besar untuk melangkah ke separuh akhir selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan Taiwan, Hsu Yin-Hui–Lin Jhih Yun.

Pearly–Thinaah menguasai sepenuhnya permainan untuk menang mudah 21-13, 21-17 dalam masa hanya 30 minit.

Pada saingan separuh akhir, pasangan ranking ke-2 dunia itu dijadualkan bertemu pemenang aksi antara pilihan ketiga dari Jepun, Yuki Fukushima–Mayu Matsumoto, dan pasangan Taiwan, Hu Ling Fang–Jheng Yu Chieh.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE