fb fb fb fb fb

Cucu Trump, Kai bergelut dalam debut LPGA, lakar catatan tercorot

Cucu sulung Donald Trump, Kai Trump / REUTERS

FLORIDA, 14 November - Kai Trump, cucu sulung Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, membuat debut LPGA di Kelab Golf Pelican namun bergelut hebat selepas mencatat 13 atas par 83, sekali gus menghuni tempat terakhir pada pusingan pertama The Annika.

Pemain amatur berusia 18 tahun itu menerima tiket khas penaja untuk beraksi, namun memulakan saingan dengan empat bogey berturut-turut sebelum kembali stabil di pertengahan permainan.

Beliau terus kehilangan pukulan pada sembilan lubang terakhir termasuk dua double-bogey.

Kai, yang aktif dalam kejohanan remaja Florida, beraksi sehari selepas Universiti Miami mengumumkan komitmennya menyertai pasukan Hurricanes bagi musim 2026–27.

Sementara itu, pemain Korea Selatan Ryu Hae-ran mendahului carta selepas mencatat 6 bawah par 64, satu pukulan mengatasi Grace Kim dari Australia.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE