fb fb fb fb fb

MASTAF optimis sertai MOM

BANGI, 20 September- Persekutuan Sepaktakraw Malaysia (MASTAF) optimis diterima sebagai ahli gabungan di bawah Majlis Olimpik Malaysia (MOM), tidak lama lagi.

Menurut Presidennya, Datuk Suhaili Abdul Rahman, MASTAF sudah memenuhi kriteria apabila menjadi ahli gabungan kepada Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (ISTAF) dan Persekutuan Sepak Takraw Asia (ASTAF).

"OCF akan pertimbangkan setelah ISTAF meluluskan MASTAF sebagai ahli gabungan, kita pun dah menjadi ahli gabungan kepada ISTAF, kita menunggu keputusan MOM.

"Saya yakin dan percaya Tan Sri Norza akan meluluskan permohonan MASTAF kerana kita hari ini adalah satu badan sukan sepak takraw yang diiktiraf oleh dua agensi kerajaan.

"Pertama Pejabat Pesuruhjaya Sukan, PJS kerana dia keluarkan sijil kita, yang kedua MSN kerana dia bagi kita amanah menjadi pengurusan teknikal Sukma yang ke-20," katanya di sini.

(Datuk Suhaili Abdul Rahman)

Mengulas mengenai gabungan dengan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Suhaili berkata perkara itu tidak akan berlaku memandangkan MASTAF merupakan badan induk yang mendapat pengiktirafan dua badan sepak takraw antarabangsa.

Beliau sebaliknya mempelawa ahli-ahli PSM untuk mendaftar sebagai ahli MASTAF, dan bersama-sama menaikkan semula sukan berkenaan.

Media Baharu